PAS Rela Kalah Daripada Tanggung Hutang Negara | Edisi MG 28 MEI 2018

2019-04-23 0

PAS rela menerima hakikat kegagalan pada PRU 14 lalu daripada harus mentadbir negara dan menyelesaikan hutang.

Rakaman ucapan Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tular di media sosial mengatakan bahawa PAS akan merampas pentadbiran negara lima tahun lagi selepas kerajaan Pakatan Harapan membersihkan segala hutang negara supaya parti itu boleh mentadbir tanpa sebarang masalah negara nanti.


Beliau turut memberi perbandingan tahun 1978 apabila PAS kalah selama 12 tahun di Kelantan dan memberi peluang kepada parti lain untuk membangunkan negeri Serambi Mekah itu, kemudian tahun 1990 setelah siap semuanya, PAS hanya cuci kaki mengambil semula pentadbiran negeri itu.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Free Traffic Exchange